9 Tips Urus Kewangan Cara Orang Kaya

9 tips urus kewangan

Kita biasa dengar pepatah, “Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit.” Satu ungkapan yang mencerminkan kebijaksanaan dalam amalan menabung, di mana setiap wang yang disimpan membawa kebaikan pada masa hadapan.

Biasanya orang-orang kaya ada cara dan teknik tersendiri dalam menguruskan wang mereka. Setiap aliran tunai akan dipastikan mengalir mengikut apa yang telah dirancang.

Berikut kami kongsikan 9 tips urus kewangan yang lazim diamalkan oleh mereka yang berjaya dalam menguruskan kewangan:

  1. Bertangguh dalam Membeli Orang kaya biasanya tidak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk membeli. Sebaliknya, mereka memberikan masa untuk memikirkan sama ada keperluan tersebut benar-benar diperlukan sebelum membuat keputusan akhir.
  2. Elak Berhutang Belanja mengikut kemampuan, bukan mengikut kehendak. Mereka mengamalkan prinsip ini dengan tekun.
  3. Disiplin dalam Pengurusan Kewangan Mereka mematuhi aturan 50/30/20: Setiap dari aliran tunai yang masuk, mereka membahagikan 50% untuk perbelanjaan, 30% untuk simpanan, dan 20% untuk pelaburan diri. Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang mereka untuk sesekali memberi ganjaran kepada diri sendiri, tetapi tetap dalam batas kawalan.
  4. Pelaburan Mereka melabur dalam ilmu dan aset yang memberikan pulangan jangka panjang. Ini membuktikan bahawa pelaburan dalam peningkatan diri, termasuk dalam ilmu, adalah strategi bijak yang diperkemaskan. Selain itu, pelaburan dalam aset yang tidak susut nilai juga menjadi keutamaan. Orang kaya juga percaya bahawa bersedekah dapat memberikan aura untuk menarik lebih banyak wang.
  5. Keluar Dari Zon Selesa Orang berjaya sentiasa mencabar diri untuk mencuba perkara baru, walaupun berada di luar kawasan selesa. Tindakan ini adalah cara mereka untuk meningkatkan taraf kehidupan.
  6. Membayar Hutang dengan Keutamaan Sebelum berbelanja, orang kaya biasanya menyelesaikan hutang, bil, dan komitmen yang diperlukan. Ini dilakukan sebelum membenarkan wang digunakan untuk keperluan yang lain.
  7. Perancangan dalam Pembelian Mereka membuat perancangan yang teliti sebelum membeli sesuatu. Perancangan ini merangkumi aspek apa yang perlu dibeli, mengapa perlu dibeli, tempat untuk membeli, dan masa yang sesuai untuk membeli.
  8. Mengawal Keinginan Beli-Belah Mereka mempunyai kawalan diri yang tinggi terhadap keinginan untuk membuat belanjaan. Ini membuktikan kematangan dalam pengurusan kewangan mereka.
  9. Usaha Keras Mereka menjalani kehidupan dengan prinsip bahawa usaha yang dilakukan haruslah sepenuh hati. Sekiranya buat sesuatu, buat secara bersungguh-sungguh, walau pun ketika bermain. Ini kerana mereka tidak percaya “kalau ada rezeki, adalah..”

9 tips urus kewangan ini telah terbukti sejak berabad lamanya. Sebilangan dari kita sedar akan perkara ini, namun masih ramai yang tidak mampu untuk mempraktikkannya. Ia sangat bergantung kepada disiplan yang tinggi. Pendidikan awal kewangan juga sangat memainkan peranan penting. Anda bagaimana?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Klik untuk bantuan